I'm A better person




Asslammualaikum, readers. For the past month, aku dah update pasal membe but today i will update about myself. for the first time, i will talk about myself which is something miracle that happen in my life. benda tu sebenarnya paling priceless yang pernah terjadi dalam hidup aku dan benda yang tak ternilai juga yang diberikan oleh Allah kepada aku. Tajuk utama aku harini ialah hidayah. dimana hidayah yang Allah bagi ni lah satu benda yang tak akan aku lupa dan paling berharga dalam hidup. Sebelum hidup aku meningkat matang what i mean is sebelum umur aku cecah 18 tahun, hidup aku tak pernah tenang. Time tu apa yang aku kejar ialah publisiti dan attention. any from that, bukan tempat aku mencari ketenangan. Aku sangat jahil, dalaman aku sangat jahil tapi luaran aku tak. Sebab apa? aku dikelilingi oleh orang2 yang baik dan tak terpengaruh dengan benda2 liar. Bila fikir balik , kalaulah surrounding aku ramai org2 jahil, aku rasa aku dah lama rosak. bagi aku masa tu, solat dan al quran bukanlah perkara utama yang perlu aku buat. Sampai tahap hitamnya hati aku tu, mampu tgk sekilas je alquran tu sedangkan bertahun aku tak baca. apatah lagi solat. jujur aku cakap, cerita ni membuat kan persepsi korang terhadap aku sangat teruk sebab aku islam tapi langsung tak mengamalkan ajarannya. Bila tanya member, standard ke kalau solat tak penuh, aku punya tahap standard bkn sekadar tak penuh, kadang2 tak solat langsung. TAPI Alhamdulillah korang, hidayah Allah tu sampai dekat aku cepat. pada mulanya , macam mana hidayah tu sampai , time form 5 . Masa tu tengah puasa, ingat lagi time tu ada program tadarus Alquran untuk pelajar2 , so time tulah baru aku sedar, aku tak boleh nak baca Quran. lidah terasa terbelit, gagap sangat time kau baca tu. Segan aku dekat member yang tengok time tu , segan tahap level 99 punya. aku balik menangis, sebab kau khatam nk masuk 2 kali, last2 baca quran gagap. Start dari situ , aku start mengaji balik time dalam kelas , member aku semakkan bacaan aku . sampai tahap tu dia tanya "tini mesti dah lama tak baca Quran kan? tak apa , mulai harini tini baca. jangan pernah berhenti". Aku senyum je tengok dia , dalam hati tu sentap nak mati. Aku sampai ke harini fikir, kau kelas sains agama kot time tu, selama 5 tahun dalam aliran agama. How ehh kau tak perasan yang kau ni hidup dalam kejahilan ?. Astaghfirullah tini... 





Tu first miracle yang berlaku dalam hidup aku, second miracle ialah bila Allah start bercakap dengan aku. Nak tahu melalui apa? melalui Alquran. aku tak tahu lah korang pernah tak rasa benda ni. Alquran tu dapat menenangkan hati bila membacanya tapi lagi nikmat bila Allah bagi ayat Quran yang sama dengan situasi semasa kau. Wallahi, sangat2 nikmat bila kau dapat tu. Aku ingat lagi satu maksud ayat yang pertama yang buat aku menangis gila2 , yang mana maksudnya "Wahai penghuni syurga, aku mengharamkan setitik air yang kau ingin berikan kepada penghuni neraka di bawahmu itu, biar mereka merasakan azab yang sebenar benarnya" . tapi aku tak ingat surah apa , tapi aku nampak bayangan tu. lepas aku baca, aku nampak. aku menangis tak berhenti sambil peluk alquran. aku mohon ampun pada Allah. Start dari situ bila aku ada masalah, aku akan baca Quran dan selalu kena dengan situasi semasa aku. Allah ada bersama aku, dia tengok aku. kalau aku sedih, dia bercakap dengan aku guna Alquran. Subhanallah ! , aku tak mampu nak lupa benda tu , yang Maha Esa ada dengan kita. sebab tu sampai sekarang, every day, aku takkan berhenti untuk baca kitab Dia. Sangat indah , sangat menarik kisah2nya dan sangat tenang. Aku jujur, aku masih jahil tapi solat dan alQuran ni benda yang aku takkan pernah lepaskan dari gengaman aku sampai ke akhir hayat aku. Alhamdulillah, hidayah solat dan juga baca quran sampai terus ke dalam hati dan juga iman aku. Masing2 ade cerita masing2 tapi ini lah cerita tentang diri aku yang mana tak semua yang membaca ni mampu penuhi salah satu darinya. 

Conclusion, biarlah masa silam jahil kau tu pergi dan jangan pernah dikenang. kenng pun untuk memotivasikan kau supaya jadi orang yang lebih baik pada esok harinya. Solat dan bacalah Quran wahai muslim dan muslimat semua. Orang paling menyesal esok hari ialah orang yang berstatus islam tapi jahil dalam agama yang dianutinya itu. termasuk aku yang masih berdosa ni. Last, Mohon maaf kalau cerita ni membuatkan korang rasa negatif pasal aku tapi itu time zaman jahil. semua orang pernah lalui. tapi aku cerita sebab aku merasa kemanisan hidayah tu sendiri. So aku harap perkongsian ini dapat dijadikan iktibar oleh orang yang membacanya. 



Time STPM life




          Hai readers, so nice to meet you guys again, lama jugak aku tak update hahaha senang cerita aku memang tak rajin sangat nak update blog sebab banyak benda aku habiskan untuk fikir apa yang worth dalam life aku. Apa2 pun sebelum aku lenyapkan hidup time zaman stpm aku hahahah , hari ni aku nak cerita pasal life aku dekat Kuala Kubu Bharu. Macam mana aku boleh masuk sekolah *tutt* ni , panjang cerita kalau nak cerita dari awal , pada asalnya aku memang dapat tawaran masuk sekolah *tuutt* ni tapi kalau boleh aku nak masuk Sekolah menengah biasa je , yelah kau dari form 1 kot dekat SMK tiba2 STPM nak masuk sekolah agama , agak memberontak jugaklah tapi aku tak tunjuk aku berontak. tak lama lepas tu, family aku bawak berita kena pindah dari Rawang-Shah Alam. Aku dengan rela hati, melangkah masuk ke alam budak2 tudung labuh. sangat baru duhh untuk aku tapi aku excited nak berpakaian macam tu , yelah time tu aku pun tengah nak berubah so aku asalnya memang suka nak masuk sekolah *tutt* ni. Hahahahah aku nak tergelak segala yang aku bayangkan tak jadi mcm apa yang aku bayangkan hahahaha. Aku sampai gelarkan sekolah ni kolot dan paling hambar yang pernah aku jumpa hahahah. Yang kelakarnya, nak beli makanan pun kena berlumba sebab takut habis, actually first time ahh aku mengalami situasi mcm ni sebab dekat SMK kalau dah habis dia akan masak balik untuk student yang keluar lambat.


  
           Time tu sem 1, aku dah lah tak ada kelas, kelas pun dekat DM, asnaf gila sekolah ni hahaaha time sem 1 apapun tak senang, asyik merungut je masing-masing. itu tak boleh, ini tak boleh. bercakap dengan lelaki sikit mesti kena pandang slek kononnya nampak kau ni jenis nak perhatian lelaki , start dari perception tulah, selama setengah tahun aku lama tak borak dengan lelaki time dekat sekolah tu. jaga ikhtilat lah katakan hahahahha. aku tak kisah apa yang aku tulis ni illegal ke tak, aku ada hak untuk menceritakan setiap detik yang berlaku dekat dalam hidup aku. TAPI dekat sana tak semestinya kenangan buruk je yang ada, kenangan paling aku tak lupa bila aku start duduk asrama dekat KKB tu. Jumpa kawan-kawan baru, aku suka acah-acah bodoh macam lurus bendul sebab itulah tarikan aku untuk dapat kawan. aku terkenal dalam kalangan member-member asrama dengan perangai macam harom dekat asrama hahaha setiap malam diorang akan kenakan aku dekat bilik prep. Time festival asrama lagilah best, ada pertandingan menari untuk setiap form. banyak sebenarnya kenangan time tahun pertama dekat sana tak ternyata banyaknya untuk aku type.



tapi bila dah start sem 2 dan 3, perhatian pada batch kitorang yang bergelar senior yang paling tua dekat sekolah tu dah pun berubah. Tahun 2017, banyak benda yang datang dalam hidup aku setelah satu persatu hidup aku penuh dengan ujian sampai lah satu tahap tu Allah bagi aku kebahagiaan yang tak terkata. Datangnya kawan-kawan yang sentiasa support dan ada disisi kita, Guru-guru yang tak pernah jemu melayan karenah anak-anak murid dia. Time tahun ni, aku dapat jawatan sebagai seorang pengawas sekolah dan exco multimedia dan dakwah. first time wei, aku dapat jawatan yang paling anti gila time dekat SMK dulu. Pengawas ajet2 je nak marah bagai hahaahha last2 aku pulak dekat tempat diorang. Jadi aku faham, memang benda tu perlu untuk cetuskan disiplin dalam diri pelajar. Start tahun ni jugak, aku dapat experience jadi ahli sidang redaksi untuk club photograhy dekat sekolah tuu . Sejujurnya aku fikir kelab photograhy sekolah *tuutt* ni sama mcm dekat sekolah aku dulu. tapi beza dia bagai langit dan bumi hahahaahha. dengan tak aktif sangat dan camera boleh bawak bila ade event besar sahaja, selain daripada tu jangan haraplah hahaha. Start orang tahu aku ni dalam bidang photograhy, orang selalu panggil aku untuk photoshoot dan start dari tulah satu batch STPM tu kenal siapa aku. bukan nak riak, nak kata bila kau ada sesuatu dalam diri kau , baru orang akan pandang kau. itulah dinamakan life wei. 



 Tahun akhir dekat mana-mana sekolah pun sebenarnya seronok. time tulah kau akan manfaat segalanya dengan member korang, buat macam-macam event sama2, bahan membahan, gurau senda .. actually aku sedih jugak bila terkenangkan member dan ustaz ustazah dekat sana tapi kalau boleh biar sekali jelah aku alami zaman STPM tu. Pedih yang amat sangat untuk aku tempuh, beban dia ya Allah , nauzubillah hahahaha. For those yang amik stpm tu, tolonglah tabahkan hati dan kentalkan jiwa anda yee hahahaha. Boleh pulak akhir-akhir sem tu aku depressed nak stop STPM tak pergi sekolah sebagai satu tanda aku mogok untuk berhenti STPM hahaha Last sem dohhh!! dah nak giveupp!! result satu-satu macam harom, macam kau takyah pergi sekolah lah aku rasa hahahaha mungkin sebab keberkatan dan keikhlasan kau dalam menuntut ilmu stpm tu tak ada , Allah pun tak nak bagi rezeki kejayaan pada kau. Aku menangis teruk sampai bengkak mata aku ni, rasa nak tersembul keluar hahaha tapi Alhamdulillah, berkat doa umi abah, result sem 3 aku dapat keputusan yang cemerlang. sem 3 jelah ahahahaha, result ulangan jangan cakap, shhh!. 




SEKARANG, aku menjadi peniaga aiskrim buat sementara hahaha dan gunakan photograhy sebagai hobi aku sebelum aku betul-betul kental untuk jadi photographer yang professional. moga Allah permudahkan segalanya untuk aku, moga ada rezeki untuk aku di IPT. Cehh macam see u di IPT pulak hahahaha. oright guys, ini je yang aku mampu kongsikan untuk korang semua. banyak benda sebenarnya aku nak cerita tapi cukuplah sampai sini, boleh contact aku untuk tahu cerita pasal STPM dengan lebih lanjut especially for stpm students and photography pun insyaAllah boleh jugak :) . boleh hantar ke email  tiniyusoff98@gmail.com . Assalammualaikum and See yaa!


Hero lives in you



Assalammualaikum , gambar atas ni takdek kaitan pun dengan cerita aku tapi disebabkan gambar ni aku yang tangkap , sempena keberanian yang ada dalam diri aku yang berani untuk membuang rasa malu aku untuk tangkap gambar budak kecik ni . bukan ni aku nak cerita , tapi dengan apa yang aku dah lalui dan pengalaman yang aku hadapi , nak jadi photographer memang perlukan self-esteem yang tinggi dan confidentlity yang mantap . aku memang pemalu dari kecik , hanya bercakap dengan orang yang betul2 aku rapat je tapi mudah bergaul dengan orang dan senang dapat member . bukan nak tunjuk megah dengan apa yang aku ada , cuma nak cakap , macam mana aku nak berubah jadi seorang yang yakin pada diri , malu ditempat yang betul , How??? . ada sebab jugak kenapa aku cuba ceburi bidang photography ni , first , aku nak buktikan yang aku ni bukan orang yang takdek apa2 , means bukan seorang yang biasa-biasa yang orang semua boleh pijak mcm aku ni tak guna . aku akan buktikan aku ni berguna dan deserve untuk dilayan dengan baik . second , aku nak tgk alam , yang mana aku tak ada kesempatan nak tengok dengan teliti . dengan photography , baru aku kenal apa erti penghargaan kepada alam dan sebuah gambar . time first dapat tangkap gambar lawa , macam biasa lah , tak semua percaya tu gambar yang aku tangkap . diorang ingat aku ambik gambar org lain dan credit letak nama aku , kelakar betul time tu . aku tak peduli pun diorang tak percaya , bukan persepsi diorang yang aku pentingkan . kau suka , kau like , tak suka , blah . aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk teruskan mengambil gambar , street , budak-budak , family and friends . berharap dengan izin Allah , ilmu ini diberkati dan dapatlah aku sebarkan ilmu photography ni dengan baik , dan insyaAllah , dapat manfaat kan dan tingkatkan lagi ketakwaan kepada Allah . hadzaminfadhlirabbi :)

Joggers!!








inilah jejaka yang banyak buat aku gelak tak berhenti tengok karenah diorang 
dan tolong aku kuruskan badan naik bukit dekat rawang tu , thanks guys xD

 Assalammualaikum . today i want to talk about this guys who makes me happy and make me feel better when i feel bad for a certain time . diorang ni berlainan kelas time sekolah menengah dulu , ade sains tulen , ekonomi , sastera . pada mulanya , aku tak suka sangat kawan dengan orang yang selain daripada kelas aku sebab aku rasa bukan semua nak kawan dengan aku time tu , aku tak pandai berkawan dengan lelaki sebab nanti kerja aku mengarut je hahaha dan aku ni  memang suka terperuk je dalam kelas tu mengadap muka member yang sama hahahaha . aku start rapat dengan diorang ni form 5 , final year pulak . memang tak banyak habis kan masa sama-sama . paling rapat time nak dekat spm , so memang busylah citer dia . lepas spm , yelah , masing-masing mereput , time tu adalah ajak naik bukit , belajar photography . i took about 3 months and half to learning photography with my best friend , Najmi . okey , tu next punya post nanti aku citer , taknak citer banyak pasal tu . apa yang aku nak cakap , this guys really make my day . dengan lawak merapu diorang , yang jenis senang nak berkawan , kalau minta tolong insyaAllah boleh tolong . ikut pada kelapangan masa diorang jugak . nice , aku tak sangka dapat member nice macam ni , how aku appreciate gila sebab diorang banyak tingkatkan keyakinan aku untuk jadi diri aku yang sebenar . macam nilah baru lelaki kacak hahahah . i will keep this friendship for the rest of my life :)) . till we meet again , guys . miss our moment so much . 
see yaa !





How your friends working


Assalammualaikum , here i am again . ready to update this blog .
okay okay , today i want to make a story about my friends , lebih dinaikkan darjat 
lagi i call them SAHABAT . at first , aku lebih suka bergerak sendiri , sebab apa?
hahaha macam biasa banyak karenah , drama melayu , hipokrit yang tak pernah sudah .
sampai aku dah naik bosan dan buat keputusan untuk sorang2 . tapi bila naik sekolah menengah 
aku jumpa diorang ni , pada mulanya masa kawan takdeklah nampak sahabatnya but after 
bertahun jugak kitorang bersama , muka-muka ni yang aku kena hadap untuk 5 tahun , so 
takkan kau still nak duduk dalam tempurung busuk kau tu kan? . daripada diorang ni jugak aku banyak belajar macam mana nak berkawan dengan betul , macam mana nak survive hidup yang penuh dengan drama ni . Dan daripada itulah kitorang banyak spent time together , susah senang sama-sama , buat semua benda mesti sama-sama , kalau keluar pergi kantin tu , kalau banyak nilah pompuannya banyak ni jugak kitorang duduk kat kantin sama2 , takdek yang tinggal . ada lah segelintir kelas yang adore dengan kelas kitorang sebab tak berpuak bila pergi mana-mana, takpe,kau akan nmpk bila dalam kelas nanti HAHAHA , benda bak kata org tak perlu tunjuk , kita tunjuk mana yang baik je ghahhahah . tapi semua tu tinggal kenangan , kenangan zaman sekolah . NOW , aku pun sekolah lagi sebab stpm tapi aku dah tak rasa semua tu dah , suasana dah lain dan tak kena dgn selera aku hahahah tapi aku kena ikhlaskan jugak sebab nak menuntut ilmu kan . so , kena terimalah . ceitt ! hahaahaha . 

Inilah member yang aku kena hadap untuk 5 tahun . Love them so much :))





Apa yang aku harapkan adalah untuk terus belajar dengan suasana dekat sekeliling aku 
dan aku tahu bukan mudah untuk kita menerima sesuatu yang baru tu tapi as long kau ada matlamat yang mantap lagi kukuh , tu pun sudah cukup untuk kau capai impian kau tu . dan ini pesanan buat diri aku jugak . jangan takut untuk mencuba tapi takutlah kerana tidak pernah mencuba . try something new to be a better person . BERSAHABATLAH , kau boleh pelajari banyak benda sama dari side yang baik atau pun sebaliknya . dan kau bijak dalam menilainya :)) . just that for today . hope apa yang aku kongsikan hari ni , tentang sahabat yang mungkin korang pun ada kisah tentang sahabat juga , moga sahabat2 nilah yang banyak jadikan kita orang yang lebih baik dan apa yang lebih baik lagi ialah menjadi kita orang yang diredhai oleh Allah . InsyaAllah . Maassalamah , Assalammualaikum , readers :)

COMEBACK AFTER 4 YEARS !!





Assalammualaikum , hai readers .
for a long time i didn't wrote anything on this blog .
After 4 years i left it , i comeback with my new life .
ini permulaan aku untuk update blog ni , teruskan membaca 
untuk ketahui kisah hidup aku yang tak pernah berhenti untuk
memberi aku pengajaran yang mungkin korang sendiri pernah alami .
hopefully , this is the best idea to improve myself to be a better person
in the future . just that for today . love you all . XOXO . - fathiniyusoff- .