Time STPM life




          Hai readers, so nice to meet you guys again, lama jugak aku tak update hahaha senang cerita aku memang tak rajin sangat nak update blog sebab banyak benda aku habiskan untuk fikir apa yang worth dalam life aku. Apa2 pun sebelum aku lenyapkan hidup time zaman stpm aku hahahah , hari ni aku nak cerita pasal life aku dekat Kuala Kubu Bharu. Macam mana aku boleh masuk sekolah *tutt* ni , panjang cerita kalau nak cerita dari awal , pada asalnya aku memang dapat tawaran masuk sekolah *tuutt* ni tapi kalau boleh aku nak masuk Sekolah menengah biasa je , yelah kau dari form 1 kot dekat SMK tiba2 STPM nak masuk sekolah agama , agak memberontak jugaklah tapi aku tak tunjuk aku berontak. tak lama lepas tu, family aku bawak berita kena pindah dari Rawang-Shah Alam. Aku dengan rela hati, melangkah masuk ke alam budak2 tudung labuh. sangat baru duhh untuk aku tapi aku excited nak berpakaian macam tu , yelah time tu aku pun tengah nak berubah so aku asalnya memang suka nak masuk sekolah *tutt* ni. Hahahahah aku nak tergelak segala yang aku bayangkan tak jadi mcm apa yang aku bayangkan hahahaha. Aku sampai gelarkan sekolah ni kolot dan paling hambar yang pernah aku jumpa hahahah. Yang kelakarnya, nak beli makanan pun kena berlumba sebab takut habis, actually first time ahh aku mengalami situasi mcm ni sebab dekat SMK kalau dah habis dia akan masak balik untuk student yang keluar lambat.


  
           Time tu sem 1, aku dah lah tak ada kelas, kelas pun dekat DM, asnaf gila sekolah ni hahaaha time sem 1 apapun tak senang, asyik merungut je masing-masing. itu tak boleh, ini tak boleh. bercakap dengan lelaki sikit mesti kena pandang slek kononnya nampak kau ni jenis nak perhatian lelaki , start dari perception tulah, selama setengah tahun aku lama tak borak dengan lelaki time dekat sekolah tu. jaga ikhtilat lah katakan hahahahha. aku tak kisah apa yang aku tulis ni illegal ke tak, aku ada hak untuk menceritakan setiap detik yang berlaku dekat dalam hidup aku. TAPI dekat sana tak semestinya kenangan buruk je yang ada, kenangan paling aku tak lupa bila aku start duduk asrama dekat KKB tu. Jumpa kawan-kawan baru, aku suka acah-acah bodoh macam lurus bendul sebab itulah tarikan aku untuk dapat kawan. aku terkenal dalam kalangan member-member asrama dengan perangai macam harom dekat asrama hahaha setiap malam diorang akan kenakan aku dekat bilik prep. Time festival asrama lagilah best, ada pertandingan menari untuk setiap form. banyak sebenarnya kenangan time tahun pertama dekat sana tak ternyata banyaknya untuk aku type.



tapi bila dah start sem 2 dan 3, perhatian pada batch kitorang yang bergelar senior yang paling tua dekat sekolah tu dah pun berubah. Tahun 2017, banyak benda yang datang dalam hidup aku setelah satu persatu hidup aku penuh dengan ujian sampai lah satu tahap tu Allah bagi aku kebahagiaan yang tak terkata. Datangnya kawan-kawan yang sentiasa support dan ada disisi kita, Guru-guru yang tak pernah jemu melayan karenah anak-anak murid dia. Time tahun ni, aku dapat jawatan sebagai seorang pengawas sekolah dan exco multimedia dan dakwah. first time wei, aku dapat jawatan yang paling anti gila time dekat SMK dulu. Pengawas ajet2 je nak marah bagai hahaahha last2 aku pulak dekat tempat diorang. Jadi aku faham, memang benda tu perlu untuk cetuskan disiplin dalam diri pelajar. Start tahun ni jugak, aku dapat experience jadi ahli sidang redaksi untuk club photograhy dekat sekolah tuu . Sejujurnya aku fikir kelab photograhy sekolah *tuutt* ni sama mcm dekat sekolah aku dulu. tapi beza dia bagai langit dan bumi hahahaahha. dengan tak aktif sangat dan camera boleh bawak bila ade event besar sahaja, selain daripada tu jangan haraplah hahaha. Start orang tahu aku ni dalam bidang photograhy, orang selalu panggil aku untuk photoshoot dan start dari tulah satu batch STPM tu kenal siapa aku. bukan nak riak, nak kata bila kau ada sesuatu dalam diri kau , baru orang akan pandang kau. itulah dinamakan life wei. 



 Tahun akhir dekat mana-mana sekolah pun sebenarnya seronok. time tulah kau akan manfaat segalanya dengan member korang, buat macam-macam event sama2, bahan membahan, gurau senda .. actually aku sedih jugak bila terkenangkan member dan ustaz ustazah dekat sana tapi kalau boleh biar sekali jelah aku alami zaman STPM tu. Pedih yang amat sangat untuk aku tempuh, beban dia ya Allah , nauzubillah hahahaha. For those yang amik stpm tu, tolonglah tabahkan hati dan kentalkan jiwa anda yee hahahaha. Boleh pulak akhir-akhir sem tu aku depressed nak stop STPM tak pergi sekolah sebagai satu tanda aku mogok untuk berhenti STPM hahaha Last sem dohhh!! dah nak giveupp!! result satu-satu macam harom, macam kau takyah pergi sekolah lah aku rasa hahahaha mungkin sebab keberkatan dan keikhlasan kau dalam menuntut ilmu stpm tu tak ada , Allah pun tak nak bagi rezeki kejayaan pada kau. Aku menangis teruk sampai bengkak mata aku ni, rasa nak tersembul keluar hahaha tapi Alhamdulillah, berkat doa umi abah, result sem 3 aku dapat keputusan yang cemerlang. sem 3 jelah ahahahaha, result ulangan jangan cakap, shhh!. 




SEKARANG, aku menjadi peniaga aiskrim buat sementara hahaha dan gunakan photograhy sebagai hobi aku sebelum aku betul-betul kental untuk jadi photographer yang professional. moga Allah permudahkan segalanya untuk aku, moga ada rezeki untuk aku di IPT. Cehh macam see u di IPT pulak hahahaha. oright guys, ini je yang aku mampu kongsikan untuk korang semua. banyak benda sebenarnya aku nak cerita tapi cukuplah sampai sini, boleh contact aku untuk tahu cerita pasal STPM dengan lebih lanjut especially for stpm students and photography pun insyaAllah boleh jugak :) . boleh hantar ke email  tiniyusoff98@gmail.com . Assalammualaikum and See yaa!


No comments:

Post a Comment

assalammualaikum...
kalau korang follow comment2 larh sket!
1 pon jadi arh